Bayangkan sekiranya belalai gajah itu penuh dengan kotoran, bakteria dan kulat? Tentunya udara yang disedut telah tercemar. Begitulah juga dengan sistem hawa dingin kita sekiranya ia penuh dengan bakteria, kuman dan kulat yang merbahaya. Sebenarnya ramai penghuni bangunan yang jatuh sakit disebabkan kualiti udara di tempat kerja dan kediaman mereka.
Ayuh kita tinjau keadaan bangunan semasa di Malaysia. Kebanyakan bangunan besar dibina semenjak tahun 70an menngunakan sistem penghawa dingin berpusat (centralised air conditioning sistem). Pada setiap tingkat, terdapat satu bilik AHU (Air Handling Unit) dan saluran-saluran yang membawa udara dingin ke ruang-ruang yang disediakan untuk pejabat atau kediaman. Dalam AHU tersebut terdapat filter, coil dan kipas untuk mengalirkan udara kesetiap ruang bangunan.
Bagaimana kami tahu? Kerana itulah peranan kami memeriksa banyak bangunan yang mengalami masalah pencemaran bakteria, kuman, kulat dan sebagainya. Kami sudah lebih sedekad menjalankan perniagaan ini di Malaysia, menggunakan kaedah rawatan berteknologi hijau dan mesra alam. Sistem kami adalah yang terkini, tanpa menggunakan bahan kimia yang merbahaya kepada manusia dan alam sekitar.
Kami IEQ Ranger.
Sekiranya anda ingin tahu lebih lanjut tentang usaha kami atau berminat untuk menyertai kami, sila email ke info@greenairy.com or lawati laman www.facebook.com/IEQRanger


No comments:
Post a Comment