Sunday, 13 October 2013

Berkonsep 'hijau' sahaja belum cukup untuk berniaga

Semakin banyak tren masakini yang berkonsepkan hijau yang sebenarnya tidaklah menghasilkan keuntungan besar seperti yang sepatutnya. Ia mungkin masih dilihat sebagai hiasan lapisan hijau kepada barangan yang lama.  

Kenapa produk dan servis hijau? Apakah kebaikan sistem yang lebih hijau kepada kehidupan harian kita? 

Semakin banyak produk dan servis yang diberi pengiktirafan label hijau oleh pihak berkuasa tertentu. Masyarakat amnya mungkin masih belum faham pentingnya beralih kepada sumber atau barangan yang lebih mesra alam jika dilihat dari sudut kos atau harganya. Kalaupun mereka faham , mungkin faktor kos itu lebih penting untuk sebahagian besar masyarakat. 

Di IGEM 2013 semalam, Matthias Gelber (The Green Man), dengan tegasnya berterus terang - bahawa menjadi hijau tidak laku. Ia perlu menjadi kos efektif, iaitu lebih murah dari yang tidak hijau, dan prestasi dan kualiti yang lebih baik. Hanya dengan kapasiti ini menjadi hijau berbaloi, dan dapat menangkap pasaran, lantas 'membuka kunci kuasa membeli pengguna'. 

Ini bukanlah bertujuan untuk melekehkan usaha ke arah mapan. Ramai pengusaha tulin di luar sana yang memperjuangkan usaha menyelamatkan dunia, menjadikan kehidupan manusia yang lebih baik dan melakukannya kerana tujuan murni. Malahan, kebanyakan produk dan servis hijau sebenarnya amat baik dan sepatutnya menggantikan teknologi seida ada yang telah memnyebabkan banyak masalah kepada industri. 

Contohnya rawatan IEQ (Indoor Environmental Quality) ke atas 'cooling coil' proses penyejukan. Praktis sediada yang menggunakan asid dan alkali (bahan kimia) telah menjadi kebiasaan sehingga pemilik bangunan telah lupa bahawa bahan kimia tersebut sebenarnya amat merosakkan logam 'cooling coil' tersebut. Oleh itu rawatan penuh sememangnya sukar untuk dilaksanakan, menyebabkan kerosakan sistem yang kerap. Rawatan bio enzyme treatment sebaliknya, telah direka khas untuk logam coil, pH 7 (neutral) oleh itu tidak memberi sebarang kesan kepada integriti logal. Ini membolehkan rawatan penuh rapi dan memudahkan prestasi yang asli kepada sistem penyejukan tersebut. 

Model perniagaan yang sesuai diperlukan untuki membolehkan potensi produk dan servis ini masuk ke pasaran, dan mengambil alih yang tidak hijau dari pasaran. Untuk rawatan bio enzime kepada sistem penghawa dingin seperti di atas, kes perniagaan yang baik telah memperkasakan ramai kontraktor pengurusan bangunan dalam meningkatkan prestasi mereka dan menangkan perkongsian pasaran dalm industri pengurusan fasiliti, terutamanya dalam rawatan dan nyah kontaminasi IEQ untuk ruang dalaman. 

Hanya dengan pemahaman kos efektif dan prestasi yang lebih tinggi, melebihi dari menjadi hijau, barulah produk dan servis hijau mempunyai harapan untuk terus mara. 


Friday, 4 October 2013

Sistem penghawa dingin

Tahukah anda bahawa sistem penghawa dingin merupakan sambungan kepada sistem pernafasan anda sekiranya anda berada dalam ruangan tertutup? Macam belalai gajah, dihujungnya ada bukaan untuk menerima udara dari luar. Sebenarnya kita masih bergantung kepada udara di luar kerana udara dari luar itulah yang lebih baik untuk pernafasan kita secara amnya. Seperti hidung juga, sistem penghawa dingin mempunyai filter atau penapis untuk membersihkan udara yang masuk.

Bayangkan sekiranya belalai gajah itu penuh dengan kotoran, bakteria dan kulat? Tentunya udara yang disedut telah tercemar. Begitulah juga dengan sistem hawa dingin kita sekiranya ia penuh dengan bakteria, kuman dan kulat yang merbahaya. Sebenarnya ramai penghuni bangunan yang jatuh sakit disebabkan kualiti udara di tempat kerja dan kediaman mereka. 


Ayuh kita tinjau keadaan bangunan semasa di Malaysia. Kebanyakan bangunan besar dibina semenjak tahun 70an menngunakan sistem penghawa dingin berpusat (centralised air conditioning sistem). Pada setiap tingkat, terdapat satu bilik AHU (Air Handling Unit) dan saluran-saluran yang membawa udara dingin ke ruang-ruang yang disediakan untuk pejabat atau kediaman. Dalam AHU tersebut terdapat filter, coil dan kipas untuk mengalirkan udara kesetiap ruang bangunan. 



Bayangkan sekiranya peralatan dan komponen dalam AHU dan saluran-saluran udara tersebut tidak dibersihkan sekian lama. Sememangnya amat sukar untuk membersihkan ruang-ruang tersebut, dan acapkali ianya tidak dilaksanakan samada sengaja atau tidak. Inilah yang berlaku pada hampir semua bangunan-bangunan besar di Malaysia. 




Bagaimana kami tahu? Kerana itulah peranan kami memeriksa banyak bangunan yang mengalami masalah pencemaran bakteria, kuman, kulat dan sebagainya. Kami sudah lebih sedekad menjalankan perniagaan ini di Malaysia, menggunakan kaedah rawatan berteknologi hijau dan mesra alam. Sistem kami adalah yang terkini, tanpa menggunakan bahan kimia yang merbahaya kepada manusia dan alam sekitar.

Kami IEQ Ranger. 


Sekiranya anda ingin tahu lebih lanjut tentang usaha kami atau berminat untuk menyertai kami, sila email ke info@greenairy.com or lawati laman www.facebook.com/IEQRanger 

Thursday, 3 October 2013

Pembunuh senyap - dalam rumah anda

Sebagai IEQ Ranger, kita perlu peka dalam mengenal pasti keadaan alam persekitaran. Kualiti udara sememangnya sukar untuk diukur, namun kita boleh mula dengan deria kita sendiri. 

Kita boleh pilih apa jenis barang yang nak di makan atau diminum, namun agak mustahil untuk kita pilih jenis udara macam mana yang nak dihirup waktu bernafas, terutamanya dalam tempat tertutup seprti bangunan dan kenderaan. Biasanya kita hanya bergantung kepada pengurus bangunan atau operator pengangkutan yang menentukan kualiti udara untuk kita bernafas. Apa yang kita perlu adalah udara! 

Inilah yang paling menakutkan berkaitan kawasan persekitaran kita. Mungkin anda rasa selamat bila sampai di rumah, tetapi sebenarnya ada pembunuh yang sedang menunggu, dalam bilik tidur anda sendiri!




Ini bukan wayang seram seperti Nightmare on Elm Street or Carrie. Ini adalah realiti! Ada organisma kecil, bakteria dan kulat yang boleh membocorkan benteng pertahanan anda, masuk melalui hidung, terus ke paru-paru, bila anda bernafas. Tiada kasih sayang di udara, hanya penyakit. Kajian terkini merumuskan 40% dari penyakit berpunca dari kualiti udara dalaman yang tercemar. 


Dari mana datangnya pencemaran ini? Ya, ia datang dari sistem penghawa dingin yang tidak disenggara dengan betul. Sistem ini tersorok dalam siling dan bilik-bilik teknikal, lantas menjadi perkara yang 'ghaib' kepada penghuni bangunan. Out of sight, out of mind. Tak nampak, maka tak ingat. Namun ia amat merbahaya kepada kesihatan anda, tanpa anda sedari.

Ayuh lengkapkan diri anda dengan elmu berkaitan kualiti alam sekitar, bermula dengan kualiti udara di sekeliling anda. Jangan benarkan pembunuh ini masuk ke rumah kita.

Kami boleh bantu anda!

email info@greenairy.com 
like www.facebook.com/IEQ Ranger


............................................

As IEQ Ranger, we must be sensitive to the quality of our immediate environment. Air quality is not easy to measure, but we may start by trusting our own senses. 

Whilst we can choose what to eat of drink, it is virtually impossible for us to choose which type of air we like to breathe. Oftentimes we are at the mercy of the building manager or transport operator when it comes to the air that we breath. All I need is the air that I breathe. 

This is the most scary part of our immediate surrounding. Just when you think you are safely home, there is a real killer waiting for you, in your bedroom.

No this is not horror movies like Nightmare on Elm Street or Carrie. This is reality! There are tiny little organism, bacteria and fungi that penetrate your defensive mechanism, through your nose, into your lung, when you breath. Love is not in the air, but illness is. Recent studies showed that almost 40% of illnesses are caused by polluted indoor air quality.

Where do these pollutants come from? Yes, it is from the badly maintained air conditioning systems. They are hidden away in the ceiling and technical rooms, therefore 'intangible' to most building occupants. Out of sight, out of mind. But they caused serious damages to your health, without you knowing it.

Let us equip ourselves with the knowledge about our environment, starting with the indoor air quality. Don't let the killers get into our home.

We can help you.

email info@greenairy.com segera!
like www.facebook.com/IEQ Ranger

Siapa IEQ Ranger?

Sebelum kita berkenalan dengan IEQ Ranger, elok kita terangkan apa itu IEQ.

Mungkin ramai yang belum dengar atau baca tentang IEQ ini. Ia akronim untuk Indoor Environmental Quality, bermakna Kualiti Persekitaran Dalaman. Kenapa ia penting? Secara amnya, manusia meluangkan 90% hidupnya dalam suasana persekitaran dalamn, sama ada bangunan, kenderaan atau ruang tertutup yang lain. Oleh itu kualiti persekitaran dalaman sememangnya amat penting untuk dikawal.  




Ada lima komponen IEQ, ianya berkaitan dengan fisiologi manusia dan deria yang menjadi tanda kesihatan kita sewaktu hidup. Kalau dah meninggal dunia dah tak penting la kan?

Sebagai permulaan, kita akan fokus kepada Kualiti Udara. Selagi kita bernafas, selagi itulah udara penting untuk kita, dan pastikan kita mendapat udara yang terbaik, walau di mana kita berada. Cuba tanya kenapa ramai orang pergi beristirehat di kawasan yang berudara segar dan nyaman? Tentunya untuk menghirup udara segar tersebut.

Soalan - mengapa kita tidak menikmati udara segar di tempat tinggal biasa atau di tempat pekerjaan atau perniagaan kita? Adakah anda peduli? Tentunya anda mahu kualiti udara yang baik?

Tahukah anda bagaimana untuk memastikan kualiti udara di tempat anda sentiasa baik dan menyihatkan? 

Di sinilah peranan IEQ Ranger - untuk membantu anda mengenalpasti sama ada kualiti udara di tempat anda baik, dan jika tidak, bagaimana untuk menanganinya. 

Anda boleh bertindak. Fast Action, Fast Results. Cepat bertindak, cepatlah keputusannya.

Siapa IEQ Ranger? Sayalah. Dan saya ingin membantu lebih ramai lagi ahli masyarakat supaya sedar tentang pentingnya menjaga kualiti persekitaran dalaman kita, terutamanya kualiti udara, kerana ialah perbatasan utama ke arah kehidupan yang lebih sihat.

Buat masa ini, IEQ Ranger adalah sukarelawan. Macam Superman, Batman dan Power Rangers. 


Namun secara serius, sebenarnya IEQ adalah peluang bisnes model yang amat mapan (sustainable) untuk masa hadapan kita. Nak tahu? Tunggu posting seterusnya atau hubungi saya melalui

email info@greenairy.com segera!
like www.facebook.com/IEQ Ranger