Semakin banyak tren masakini yang berkonsepkan hijau yang sebenarnya tidaklah menghasilkan keuntungan besar seperti yang sepatutnya. Ia mungkin masih dilihat sebagai hiasan lapisan hijau kepada barangan yang lama.
Kenapa produk dan servis hijau? Apakah kebaikan sistem yang lebih hijau kepada kehidupan harian kita?
Semakin banyak produk dan servis yang diberi pengiktirafan label hijau oleh pihak berkuasa tertentu. Masyarakat amnya mungkin masih belum faham pentingnya beralih kepada sumber atau barangan yang lebih mesra alam jika dilihat dari sudut kos atau harganya. Kalaupun mereka faham , mungkin faktor kos itu lebih penting untuk sebahagian besar masyarakat.
Di IGEM 2013 semalam, Matthias Gelber (The Green Man), dengan tegasnya berterus terang - bahawa menjadi hijau tidak laku. Ia perlu menjadi kos efektif, iaitu lebih murah dari yang tidak hijau, dan prestasi dan kualiti yang lebih baik. Hanya dengan kapasiti ini menjadi hijau berbaloi, dan dapat menangkap pasaran, lantas 'membuka kunci kuasa membeli pengguna'.
Ini bukanlah bertujuan untuk melekehkan usaha ke arah mapan. Ramai pengusaha tulin di luar sana yang memperjuangkan usaha menyelamatkan dunia, menjadikan kehidupan manusia yang lebih baik dan melakukannya kerana tujuan murni. Malahan, kebanyakan produk dan servis hijau sebenarnya amat baik dan sepatutnya menggantikan teknologi seida ada yang telah memnyebabkan banyak masalah kepada industri.
Contohnya rawatan IEQ (Indoor Environmental Quality) ke atas 'cooling coil' proses penyejukan. Praktis sediada yang menggunakan asid dan alkali (bahan kimia) telah menjadi kebiasaan sehingga pemilik bangunan telah lupa bahawa bahan kimia tersebut sebenarnya amat merosakkan logam 'cooling coil' tersebut. Oleh itu rawatan penuh sememangnya sukar untuk dilaksanakan, menyebabkan kerosakan sistem yang kerap. Rawatan bio enzyme treatment sebaliknya, telah direka khas untuk logam coil, pH 7 (neutral) oleh itu tidak memberi sebarang kesan kepada integriti logal. Ini membolehkan rawatan penuh rapi dan memudahkan prestasi yang asli kepada sistem penyejukan tersebut.
Model perniagaan yang sesuai diperlukan untuki membolehkan potensi produk dan servis ini masuk ke pasaran, dan mengambil alih yang tidak hijau dari pasaran. Untuk rawatan bio enzime kepada sistem penghawa dingin seperti di atas, kes perniagaan yang baik telah memperkasakan ramai kontraktor pengurusan bangunan dalam meningkatkan prestasi mereka dan menangkan perkongsian pasaran dalm industri pengurusan fasiliti, terutamanya dalam rawatan dan nyah kontaminasi IEQ untuk ruang dalaman.
Hanya dengan pemahaman kos efektif dan prestasi yang lebih tinggi, melebihi dari menjadi hijau, barulah produk dan servis hijau mempunyai harapan untuk terus mara.